Sunday, April 28, 2013

28 April

Waktu dalam perjalanan balik semalam, N ada kata dia mahu ke kubur bapanya. Aku teringat dan menambah yang hari Isnin ni, 29 haribulan, genap tiga tahun Abah pergi. Esok hari Ahad mahu bawa mak ziarah kubur Abah lah.

Petang yang sama masa tengah tengok TV mak cakap, Nina jom pergi kubur Abah esok. 28 haribulan, dah dua tahun dah. Eh, 29 haribulan lah mak (aku insist). Taklah, 28 haribulan mak balas. Rasa macam nak bukak laci dan check death certificate aje, tapi malas pula. Tak apa lah, 29 haribulan pun hari Isnin, kena kerja, memang hari Ahad je tinggal kalau nak ke kubur.

Kemudian aku terfikir, eh kalau dah tiga tahun, aku patut dah chartered accountant dah, tapi belum lagi. Abah masih ada masa aku start kerja dulu. (horrible juga matematik aku ni, macam mana 2013 tolak 2011 jadi tiga tahun?). Pagi tadi, kak long post something dekat instagram dia, in memory of Abah. It said RIP Abah 19.2.52 - 28.4.11.


Nina, tarikh penting macam ni pun kau boleh tak ingat ke?

..........


Abah, maaflah kalau Nina terlupa tarikh ni. Tapi Nina tak pernah lupakan Abah. Kalau Nina teringatkan Abah, mesti hati Nina sayu.. Kadang-kadang Nina menangis sorang2. Tu semua syaitan kacau, Nina tahu... Nina boleh sedekahkan Al-fatihah je, dan doakan Abah.


..........

Tadi ingat nak ambil gambar kubur Abah yang kitorang dah bersihkan, tapi tak jadi. Sebab rasanya macam tension sangat keadaan. Dekat kubur pun nak kelahi.

Sedih.

I wish we are less difficult. And more tolerant.

..........

Malam pun sama. Sakit hati. Sedih.

Surat panjang lebar tu, perlu ditulis juga. 


No comments: