Saturday, October 15, 2005

kes curi

halo..

mm, ingatkan mlm ni nak tdo awal, terus smpi besok pagi tanpa sentuh buku langsung(seriously kene qada' tdo cause now i look like a panda), tapi, satu bende jadi malam ni buat saya kene update gak, sambil hentak2 keyboard pasal geram.

mesti anda tertanya-tanya, apsal nina yang baik hati ni marah ni?



cam ni ceritanya......


as usual, kalu kat masjid saya mesti parking stok giler jauh, hujung2 dah nak sampai gate (pasal slalu lambat kan, nak pegi awal cam kenyang sangat). harini, byk gak la keta parking tepi2 keta saya. bla bla bla

by the time saya balik kat kete, mmg dh tak ramai orang sbb sy tnggu sampai habis. cam dah nk sampai kete, saya pelik, apsal la satu keta kelisa tu cam terjongket sket.. bila dah makin dekat, saya pun tenganga. semorang yg lalu situ cam pelik giler campur simpati tengok keadaan kete kelisa tu.

semorang tau kan, masjid, selain tempat orang beribadat, jadi port orang mencuri. sad but true ppl. kalu curi selipar bole dimaafkan lagi lah kan, even though empunya selipar rase cam nak ketuk2 si pencuri selipar tu. mm, kamil cukup berpengalaman kan? dulu, lepas balik smyg jumaat, slalu slipar kamil kene curi. balik pakai slipar lain2. or ntah slipar jepun stok kodi giler laa.. tula, gi masjid nk pakai selipar gempak2. see, my brother ni sgt la "fashionable", tak mau kalah. barang nak yang up-up je. no wonder u're always broke.. haha (wahai abang jgn marah nnti nina bayar hutang! ke kamil dah halalkan? skrg dh kerja sila save duit sket, beli hadiah untuk adik yang kat msia ni, ala, budak yg tak dapat fly tu.. haha)

okay, berbalik kepada cerita saya.. kereta kelisa tu habis BOTAK, as in langsung takde tayar and rim. empat-empat suma habis lesap kene kebas. saya tak perasan la masa sampai awal2 tu kelisa tu punya sport rim cun ke hape, tapi mmg masa balik, langsung habuk pun takde. orang yang curi tayar&rim dier cam sendalkan keta tu ngan batu2, tu yang keta tu nampak cam terjungkit dari jauh. serious kesian tuan kereta. sy duk dlm keta lama2 sket, nak tgk tuannya, manela tau nak tolong apape ke, kasi ride ke hape, tapi lepas beberapa minit tunggu, sy pun balik la. semorang mmg terkesima tgk kereta tu camtu. kesian. kesian giler. semoga pencuri itu menerima balasan. amin.

mm, ini buat saya agak bersyukur bawak keta biasa je. walaupun kereta yang ku pandu
ni macam besi buruk (haha- nina tak memilih wahai emak dan abah) tapi insyaAllah, kalu orang tengok pun tak berselera nak curi atau mengapa-apakan kereta sy. tapi kan, dulu saya slalu pk, bila dah keja nanti, kereta mau kasi bikin. nk tukar rim la, nk buat itu ini, u know, for my driving pleasure. tapi skrg cam agak takut je. sedangkan kat masjid yg sacred pun orang mencuri, inikan pula kat tmpt maksiat seperti basement shopping complex. kan? hahaha.

lagi satu yang sy kurang nak paham, apsal budak2 (ni laki la esp) suka besidai kat masjid? saya sampai2 je, ni tarawikh 8 rakaat tak abis lagi ni, tapi, ramai giler yg duk2 melepak smbil isap rokok, sambil borak sambil usha orang. macam la tgh kat mapley. ape motif? serious, buruk rupanya.

oleh itu, jagalah kesucian masjid wahai makhluk-makhluk sekalian.


dah, nak tdo.


esok nak pegi kelas ke nak ponteng?!?! hmm.... hmm...









of course la pegi. korang ingat saya ni ape?!?!
i mean, insyaAllah saya akan pegi kalau saya terbangun... hehe

No comments: